
Sulit
4 tahun
Adakah saya berisiko mendapat hiv
Saye pernah melakukan hubungan seks sekali bersama pasangan sye tetapi tidak menggunakn pelindungan…dan semasa melakukn hubungn dye tidak mengeluarkn air mani nye adakah saye berisiko mendapat hiv? Pasangan saye jugak hanye memasukkn sebentar sahaje kemaluannye…Kami jugak hanya pernah melakukan hal ini sekali sahaja .kami berdua jugk tidak pernh melakukan hubungn ini dengn orng lain…[fist time buat] selepas kejadian itu kami tidak pernh melakuknye lagi

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara cara HIV dan STD boleh menginfeksi antara individu adalah:
- darah
- air mani
- air mazi
- cecair rektum
- cecair faraj
- susu ibu yang HIV-positif
- tusukan jarum
- geseran kulit kelamin ketika berhubungan seks
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Cecair-cecair atau kondisi-kondisi tersebut perlu terkena kulit yang terluka, suntikan ke dalam darah atau membran mukus yang terdapat dalam rektum, faraj dan mulut. Saya nasihatkan anda untuk sentiasa membuat ujian HIV dan STD setiap 3 bulan. Risiko anda juga adalah rendah kerana masing masing tidak mempunyai penyakit kelamin. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.