
Sufian
6 tahun
Adakah saya berisiko mendapat kolesterol tinggi?
Salam doktor, saya dulu dah berhenti merokok 2 tahun lepas. Sekarang saya cuba untuk menjalani hidup yang lebih sihat. Oh ya saya berusia 38 tahun. Ayah saya dulu pernah dapat kolestrol tinggi. Adakah saya juga berisiko untuk dapat masalah yang sama? Ada tak apa-apa cara yang boleh saya amalkan untuk mengelakkan kolestrol ini? Thanks Doc

6 tahun
Salam Sejahtera.
Kolesterol tinggi merupakan salah satu kondisi yang paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara kondisi-kondisi lain yang boleh menyebabkan kolesterol tinggi ialah:
• Obesiti
• Kencing manis
• Stres
• Penggunaan alkohol berlebihan
• Penyakit buah pinggang kronik dan dialisis
• Sindrom Cushing
• Pengambilan ubatan seperti ubat steroid dan ubat sakit jiwa
• Sejarah keluarga
Sejarah keluarga merupakan salah satu risiko utama untuk anda menghidap kolesterol tinggi. Justeru itu, jika bapa anda menghidap penyakit kolesterol tinggi, maka anda juga berisiko tinggi untuk menghidapnya. Kolesterol tinggi biasanya didiagnose dengan menggunakan ujian darah. Terdapat dua jenis kolesterol di dalam badan kita iaitu kolesterol baik (HDL) dengan kolesterol jahat (LDL). LDL yang terlalu tinggi atau HDL yang terlalu rendah akan meningkatkan risiko sakit jantung, strok (angin ahmar), penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. Oleh itu, objektif pemakanan serta gaya hidup yang sihat adalah untuk mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL di dalam badan kita.
Anda telah membuat satu langkah yang betul dengan berhenti merokok. Seterusnya, anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan risiko kolesterol tinggi. Gaya hidup yang sihat juga boleh membantu mencegah penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kolesterol tinggi, salah satunya adalah gaya hidup sihat. Antara gaya hidup yang tidak sihat yang meningkatkan kadar kolesterol yang berbahaya (LDL) dalan darah ialah:
• Pengambilan makanan yang tidak sihat dan makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Contohnya, kuning telur, mentega, biskut, keju, krim dan santan.
• Kurang bersenam dan aktif
• Tabiat merokok juga menyebabkan kolesterol tinggi kerana rokok mempunyai kimia akrolein yang menghentikan aktiviti kolesterol baik (HDL) dan menyebabkan aterosklerosis
• Minuman alcohol yang terlalu banyak meningkatkan LDL dan triglyceride dalam badan
• Obesiti (BMI melebihi 30kg/m2)
• Penyakit tertentu seperti hipertensi, diabetes, hipotiroid, penyakit hati dan penyakit ginjal
• Usia yang meningkat
Untuk menjawab soalan anda, faktor genetik juga memainkan peranan dalam menentukan jika seseorang itu akan mengalami kolesterol tinggi. Kolesterol tinggi yang disebabkan oleh faktor keturunan dinamakan familial hypercholesterolemia (FH). Penyakit ini menyebabkan tahap kolesterol seseorang itu tetap tinggi walaupun mengalami gaya hidup yang sihat. Satu daripada lima ratus orang mengalami kondisi ini. Selain itu, memiliki faktor genetik juga meningkatkan risiko seseorang mendapat kolesterol tinggi, meskipun bukan dalam bentuk FH.
Oleh kerana anda mempunyai faktor risiko yang akan menyebabkan anda mengalami kolesterol tinggi, anda perlulah mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkannya. Anda patut mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat.