
Sulit
4 tahun
Adakah saya berisiko untuk dijangkiti covid 19
Saya merupakan closed contact kepada suami saya yang dijangkiti covid19 dan tengah self quarantine di rumah.
Suami saya setakat hari ni sudah 7 hari dengan jangkitan ini, dan saya mula ada selsema dan bersin dalam sehari dua ini.
tapi saya tidak ada demam, sakit sendi, muntah, loya.
adakah saya berisiko untuk dijangkiti virus ini? dan apa yang perlu saya buat.Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda tentang simptom/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, individu yang perlu menjalani ujian saringan adalah individu yang mempunyai gejala dan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit disahkan positif COVID-19.
Sekiranya ahli keluarga anda telah disahkan positif covid, dalam hal ini suami anda, maka mereka hendaklah mengasingkan diri sepanjang tempoh kuarantin walaupun berada di rumah. Hal ini penting bagi melindungi ahli keluarga lain yang tidak terlibat dengan jangkitan wabak ini, daripada dijangkiti.
Kuarantin di rumah/bilik (self quarantine) bermaksud tiada percampuran rapat dengan ahli keluarga lain samada makan, bersembang bersama kecuali mampu menjaga jarak yang ditetapkan, pakai pelitup mulut dan hidung, serta tiada sentuhan. Makanan boleh disediakan tetapi tidak boleh dikongsi bersama termasuk peralatan makan dan minum seperti pinggan, sudu dan garfu adalah disyorkan untuk diasingkan khusus selama tempoh kuarantin.
Sebagai makluman awal, gejala/simptom yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini