Anonymous

5 tahun

Adakah saya dijangkiti HIV?

Saya umo 19 tahun, sudah hampir seminggu saya demam ,saya rasa yg saya ada dijangkiti virus hiv…sbb saya melakukan hubungan dengan seorng pelacur…adakah saya terdedah dgn hiv doc , dan bila saya cek di klinik tiada apa virus hiv pon…tpi tanda2 nye saya alami…

Salam sejahtera. HIV atau “Human Immunodeficiency Virus” merupakan virus yang menyerang sel imun tubuh badan. Penularan HIV adalah melalui cecair badan seperti air mani, darah, cecair faraj, cecair rektum dan susu individu yang HIV-positif. Oleh itu, risiko seseorang dijangkiti HIV meningkat apabila melakukan hubungan seks tidak terlindung, melakukan hubungan seks dengan seseorang yang berisiko tinggi dijangkiti HIV seperti pekerja seks dan pengguna dadah IV dan apabila berkongsi peralatan suntikan dadah. Selain itu, semakin ramai bilangan pasangan seks seseorang, semakin tinggi risiko seseorang dijangkiti HIV.

Pada peringkat awal jangkitan HIV, simptom-simptomnya ialah serupa selesema seperti sakit kepala, demam, cirit-birit, pening, muntah, keletihan, sakit otot, sakit tekak, kelenjar limfa membengkak dan ruam. Simptom-simptom ini mungkin akan bertahan selama 1-2 minggu dan hilang sepenuhnya selepas itu.

Oleh kerana tanda-tanda awal jangkitan HIV adalah tidak spesifik, seseorang tidak boleh bergantung kepada kemunculan simptom-simptom ini untuk mengenalpasti jangkitan HIV. Sebaiknya anda haruslah menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat daripada doktor.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai dan terima kasih atas soalan anda.

HIV boleh merebak melalui:

• Darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan ketika melakukan hubungan seks
• Berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah
• Daripada ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung (semasa proses kelahiran atau melalui susu ibu)

Anda menyatakan bahawa anda telah melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja komersial. Hal ini memberi anda risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus HIV. Walau bagaimanapun, simptom-simptom awal jangkitan HIV hanya akan berlaku 2-6 minggu selepas pendedahan kepada virus. Kemungkinan ujian yang anda ambil terlalu awal untuk mengesan virus tersebut dan kadangkala ujian saringan akan memberi keputusan negative palsu.

Sekiranya anda masih tidak yakin bahawa anda tidak mengalami jangkitan HIV, kami mengesyorkan anda mengambil ujian saringan semula selepas seminggu atau dua minggu.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)