
Sulit
4 tahun
Adakah saya hamil atau haid lambat
Hai doc . saya ingin bertanya … saya telah datang haid pada 27.5 - 2.6 , dan ovulasi saya adalah pada 14.6(dengan menggunakan test ovulasi kit) dan telah bersama suami 2hari sebelum serta pada hari ovulasi positif . kemudian pada 15.6 keesokkannya telah keluar darah sedikit (cair dan hanya beberapa titik) . kemudian pada 23.6 saya mengalami simptom seperti ingin haid dimana buah dada saya sakit , bengkak, disemua bahagian termasuk puting susu, serta cramp perut . pada petangnya saya keluar lendir putih jernih bercampur sedikit darah(hanya sedikit seasa buang air kecil) , dan cramp perut hilang , sehingga harini 25.6 ada sedikit lagi lendir keputihan bercampur darah (sedkit juga sedar semasa buang air kecil) . namun payudara masih sakit, cramp perut hilang (cuma berasa sebu) tetapi sakit di bahagian pinggang . saya juga mengalami simptom loya dan dahaga . mengikut pendapat doktor adakah saya hamil atau tanda ingin haid cuma lambat keluar

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, ujian pengesahan kehamilan boleh dilakukan selepas 2 minggu tidak datang haid. Ianya boleh memberikan keputusan status kehamilan anda. Gejala yang anda sebutkan (buah dada sakit, bengkak, perut “cramp” boleh disebabkan oleh faktor perubahan hormon yang sering terjadi pada wanita. Bagi gejala pendarahan seperti haid yang disertai dengan cecair lendir, ianya boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah yang anda alami merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.