
amirazubir151088
5 tahun
Adakah saya hamil atau memang tengah subur walaupun lagi berapa hari nak period?
Saya berumur 32 tahun. Dah berkahwin selama setahun lebih. Baru2 ni saya datang haid. Selepas seminggu saya keluar lagi tapi x byk hanya coklat2 selama 3 hari. Selepas 3 ari dari haid semula tu saya cuba test kesuburan naik double. Adakah saya subur atau hamil kerana lagi 3 hari sepatutnya haid saya yang baru bakal tiba? Saya keliru adakah saya subur lagi walaupun dah nak period yang baru?
Terima kasih dokter…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keluar cecair coklat atau spotting boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.