
Sulit
3 tahun
Adakah saya keguguran atau haid?
Saya telah lewat datang haid selama 10 hari. Saya telah melakukan UPT test. Keputusannya positive. Selepas hari ke 10 saya datang haid. Adakah ini keguguran atau kelewatan datang haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi tubuh yang telah mendapat hasil tes UPT positif namun keluar pendarahan selepas 10 hari.
Haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- keguguran
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung dengan segera di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .