
Sulit
4 tahun
Adakah saya kena Corona virus ke
Selamat petang,saya seorang lelaki berumu 31.sebelum ni tak pernah keluar negara hanya berkerja sebagai gunting rambut dan sangat ambil tahu hygiene sendiri。tapi kebelakangan ini saya ada batuk sikit bersama dengan Phlegm dalam kerongkong. Kadang-Kadang bernafah ada cemas sikit Dan rasa jantung berdebar kuat。dada juga akan rasa sikit sakit kat Tengah dan Kadang kat tepi. badan suhu pada 36.3~37.4…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19. Berdasarkan simptom anda iaitu batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom batuk yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Radang tonsil
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Masalah cemas dan jantung berdebar pula boleh disebabkan oleh masalah kelenjar tiroid atau keresahan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini