Sulit
3 tahun
Adakah saya mempunyai Tanda mengalami jangkitan covid 19
Batuk,sakit tekak, demam on off, sakit kepala dan selesema.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera Asri, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berkenaan pertanyaan anda, pemeriksaan lanjut harus dilakukan oleh doktor secara fizikal dan klinikal untuk menentukan sama ada ia berpunca daripada COVID-19 ataupun sebab lain. Hal ini kerana gejala penyakit COVID-19 boleh menyerupai gejala penyakit lain juga seperti demam, sesak nafas, batuk-batuk dan lain-lain. Kami sarankan anda memantau gejala yang dialami ataupun terus menghubungi pihak kesihatan sekiranya anda mempunyai sejarah kontak rapat atau pergi ke kawasan berisiko.
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa beliau berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai dengan garis panduan KKM.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
[email protected]
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini