
Sulit
3 tahun
Adakah saya mengalami APS/AUB?
hai Doc… saya wanita berusia 37 tahun. Saya telah pun jalani BTL t
oct 2018, period saya sememangnya irregular dan telah pun dirujuk ke hospital dan saya tiada masalah kesuburan. Saya para 8 hanya 5 sahaja yg ada, 3 meninggal selepas 2-4 minggu kelahiran…semua anak adalah premature baby 26-35 weeks. Pada 27/8 saya mengalami pendarahan dan kurang dari 30 jam saya menggunakan 19 pad penuh darah. Terdapat ketulan darah dan sarung seperti kulit telur, ada juga seperti daging pecahan warna uri, serta ketulan warna cerah pink . Adakah ianya keguguran atau hanya pendarahan kepada penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, pendarahan sebanyak 19 pad penuh adalah gejala AUB, ia boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kehamilan anggur
- Fibroid
- Lapisan faraj tebal
- Polip
- Ketidakseimbangan hormon
- Ketumbuhan
Kami menyarankan anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda. Terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.