Sulit
5 tahun
Adakah saya perlu kembali ke klinik/hospital?
Hi doktor. Saya merupakan gadis berusia 21 tahun. Saya mempunyai sakit tekak, sakit dada dan batuk kering semenjak 4 hari yg lalu. Pada selasa yg lalu saya telah mendapatkan rawatan dia klinik kesihatan titiwangsa dan doktor hanya mengesahkan kahak saya berkumpul dia dada sahaja. Tap saya risau sekiranya ini adalah tanda awal gejala covid19. Apakah pendapat doktor? Adakah saya perlu kembali ke klinik?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah tekak kering boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- radang tonsil
- jangkitan virus
- jangkitan kuman
Anda disarankan untuk minum air dengan mencukupi.
Walaubagaimanapun, kami tidak menolak risiko jangkitan COVID19. Anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anak anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
- Kenali gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































