groovy.ally
6 tahun
Adakah saya perlu lalui ujian saringan covid-19
Salam Doctor. Saya ada contact rapat dengan P3 (staff sy), di mana suami beliau (P2) satu tempat kerja (Berlainan tingkat) dengan seorang pesakit yang disahkan positive covid-19 (P1).
P2 & P3 tidak menunjukkan sebarang symptom. Tapi saya bimbang, adakah saya perlu melalui ujian saringan. Sy sekarang mengalami selsema (hidung tersumbat) tetapi tidak demam / batuk.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COViD-19. Untuk makluman anda, rakan sekerja anda disahkan positif, anda dan rakan sekerja yang lain akan dikira sebagai kontak rapat pesakit tersebut.
Anda harus menjalani ujian saringan dan kuarantin. Namun, jika rakan anda negatif, hanya dia yang akan mengasingkan diri.
Keperluan ujian saringan juga bergantung kepada risiko anda. Maka, Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
Anda boleh Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































