
Sulit
5 tahun
Adakah saya perlu menjalani ujian saringan covid19 jika mengalami simptop seperti ini?
Saya wanita berumur 23 tahun, sejak dari 17/3 haritu saya mengalami demam yang on off. Saya tak dapat nk kenalpasti suhu badan saya yang sebetulnya teapi saya rasa badan saya panas di dalam dan kdg kdg hingga kepala saya sakit. Dan tengah malam ni saya mula rasa simptom awal batuk iaitu geli-geli tekak. Saya nk tahu, saya patut pergi buat saringan dulu ke? Ataupun saya perlu isloate diri dekat rumah. Btw, untuk control demam tu saya ada consume paracetamol yg saya dapat drpd KK sebelum sebelum ni. Saya consume ubat tu 5-6jam sekali.

5 tahun
Selamat pagi
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Saya memahami kebimbangan anda. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Masalah tekak terasa geli boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Keradangan tonsil
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Buat masa sekarang, anda boleh memantau simptom anda dan amalkan langkah pencegahan yang telah disarankan semasa tempoh sekatan pergerakan ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini