
mohdnor.abdurrahim
5 tahun
Adakah Saya perlu saringan covid19
Saya mendapat demam dgn suhu 37-38 2 minggu lepas selama 2 hari tanpa selesema. Selepas Saya kebah dari demam, Saya mendapat selsema Dan batuk sehingga sekarang. Batuk Saya berkahak hijau Dan selsema Saya berlendir hijau atau putih. Adakah Saya berisiko untuk saringan covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, pihak kami memahami kebimbangan anda tentang sekiranya gejala yang anda alami merupakan gejala jangkitan COVID-19.
Untuk maluman anda batuk merupakan salah satu gejala yang sering berlaku kepada pesakit yang dijangkiti COVID-19. Gejala lain bagi jangkitan ini menurut WHO adalah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Namun begitu, gejala batuk dan gejala-gejala lain yang disenaraikan tidak spesifik kepada jangkitan COVID-19 sahaja. Batuk boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Jangkitan virus atau bakteria lain
- Asma
- Alahan
- Radang tekak
- Allergic Rhinitis
Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini DoctorOnCall Tanya
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini