
Sulit
4 tahun
Adakah sembelit penyebab sakit tulang belakang
Saya berumur 16tahun sering mengalami sembelit dan kurang membuang air besar,soalan saya adakah sembelit menyebabkan sakit tulang belakang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum,sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- ‘Slipped disc’/disk tergelincir
- Osteoarthritis tulang belakang
- otot kejang / muscle spasm
- Spondylolisthesis
- jangkitan kuman
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- sindrom “cauda equina”
Secara umunya, sembelit tidak menjadi penyebab utama sakit belakang. Namun, sakit yang dialami berkemungkinan berlaku akibat penekanan najis yang keras terhadap usus di dalam abdomen sekaligus menekan kawasan bawah pada tulang belakang. Bagaimanapun, pemeriksaan susulan dan maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih