
Sulit
4 tahun
Adakah semua lelaki akan mengalami mimpi basah sebelum mencapai usia akhil baligh?
Saya Zul (bukan nama sebenar) ingin ajukan pertanyaan kepada doc , iaitu adakah abnormal jika saya mengalami proses puberty bukan dari mimpi basah? Adakah saya tidak secara alami melalui proses puberty sekiranya saya mula akhil baligh selepas saya melakukan onani ,atau berkhayal seperti menonton video porno sehingga keluar air mani?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, akil baligh boleh didefinisikan kepada pencapaian kematangan seksual pada seseorang. Tanda permulaan akil baligh, bagi lelaki merujuk kepada pancaran air mani yang pertama. Secara alaminya, seseorang akan bermimpi, mimpi yang memberangsangkan sehinnga keluar air mani.
Keluar air mani dari perbuatan onani atau menonton video porno adalah normal namun, cara tersebut adalah tidak sihat. Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk tidak melakukan hal yang sedemikian.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, saya sarankan untuk anda bercakap dengan seorang dewasa yang boleh anda percayai seperti abang, ayah, sepupu lelaki atau kauseling di sekolah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.