
Anonymous
5 tahun
Adakah telah dijangkiti HIV?
Hi Doktor,
Bulan lepas saya ada melakukan aktiviti berisiko. Saya telah melakukan seks oral pada perempuan (cunnilingus) dan tidak tahu status kesihatannya. Pada ketika itu gusi saya ada ulser yang hampir sembuh, tiada darah dan tidak sakit bila menggosok gigi atau meminum air.
Namun dua minggu selepas itu, saya mendapat selsema (selepas berkongsi minuman dengan orang yang dijangkiti selesema) disusuli dengan demam. Demam hanya berlangsung kira-kira 6 jam (dari pukul 4:30 - 11:30) selepas memakan panadol. selesema pula berlanjut sehingga tiga hari.
Selang dua hari sembuh selesema, badan saya seperti seram sejuk dan dan selepas dua hari mengalaminya, saya kembali demam singkat sama seperti seminggu sebelumnya.
Ketika demam dan selesema pertama saya teringat aktiviti berisiko yang saya telah lakukan dan ulser pada mulut saya, dan merasa tertekan dijangkiti HIV.
Empat minggu selepas aktiviti berisiko tersebut, saya merasakan ada kesakitan pada kerongkong sebelah kiri. Jika ditekan leher pada bahagian kanan, akan terasa nyeri pada satu tempat di kiri kerongkong. tetapi kelenjar saya tidak membengkak. saya juga boleh menelan makanan tanpa rasa sakit, tetapi jika menelan air liur secara keras akan terasa nyeri pada bahagian kiri kerongkong. dan sakit tersebut telah berlanjutan selama seminggu. tetapi saya tiada demam sepanjang sakit kerongkong tersebut. saya juga tidak ada mengalami peluh waktu malam dan juga cirit birit. Namun masih khuatir dengan risiko jangkitan.
Adakah saya telah dijangkiti HIV atau berisiko dijangkiti?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, HIV, juga dikenali human immunodeficiency virus adalah virus yang dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah dan cairan vagina. Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda.
Untuk pengetahuan anda, HIV mempunyai window period yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, namun rata-rata sekitar 3 minggu. Pada waktu ini, cara terbaik untuk mendeteksi jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah yang dilakukan setekah 3 minggu dan diulangi 3 bulan kemudian.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih