
Sulit
4 tahun
Adakah testis mengecut itu merupakan sesuatu perkara yang normal?Ataupun ia berpunca daripada onani?Ataupun ia hanya bergantung kepada jenis seseorang individu itu?
Saya remaja berumur 16 tahun.Saya sedar bahawa testis saya mengecut dalam keadaan normal kecuali ketika penyahtinjaan atau buang air besar.Adakah kerana onani?Saya cuma pernah melakukan onani dengan menggunakan tangan sebanyak 4 kali seumur hidup selebihnya saya menggunakan cara dengan mengepit kedua ii paha pada kemaluan.Saya tak pasti dengan cara ini air yang keluar itu adalah air mani atau tidak.Cara yang demikian dilakukan secara kerap sejak saya umur 10 tahun.Cara ini diterokai oleh saya sendiri tanpa pengaruh siapa ii.Beza antara kedua cara tersebut ialah zakar saya menegang apabila menggunakan tangan tetapi tidak dengan cara mengepit.Walaupun testis saya mengecut,tetapi zakar saya masih boleh menegang.Cuma adakah testis mengecut itu normal atau satu peyakit?Mohon penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, buah zakar (testis) mengecut adalah sesuatu yang normal. Ia boleh dipengaruhi oleh faktor seperti cuaca yang sejuk. Perkara yang perlu dikhuatiri apabila terdapat gejala tambahan seperti sakit pada zakar. Jika perkara tersebut berlaku, sebaiknya anda perlu merujuk dengan lebih lanjut kepada doktor. Maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi atau bagi mendapatkan info mendalam tentang hal ini. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah