
Sulit
4 tahun
Adakah ubat loratadine menyebabkan sakit kepala yang amat?
Saya lelaki beumur 30an , saya memakan ubat loratadine kerana selesma . adakah ubat loratadine ini boleh menyebabkan sakit kepala pada bahagian atas dan berdenyut?

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ubat loratadine.
Ubat loratadine adalah antihistamine yang sering digunakan untuk masalah anda. Secara umumnya kesan sampingan yang boleh anda alami adalah pening kepala, berasa hendak tidur atau mengantuk dan berasa berdebar-debar.
Pening kepala yang anda alami boleh anda rawati dengan meminum banyak air dan berehat. Jika anda berasa bibir kering, anda boleh rawati dengan meminum banyak air. Anda juga boleh tukar ubat yang anda ambil jika berasa tidak tahan dengan kesan sampingan yang anda alami.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
bih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.