
Sulit
4 tahun
Adakah ubatan immunosuppressive mengganggu kitaran haid?
saya berumur 28 tahun , pesakit auto immune myasthenia gravis. saya mengalami myasthenic crisis pada oct 2020 dan telah buat plasma exchange. Ketika buat plasma exchange cycle yang 3 saya telah datang haid selama 4 hari , dan sampailah sekarang december haid saya tak datang lagi. adakah normal ? sekarang saya on ubat prednisolone 40mg dan azzathioprine 100mg. adakah saya perlu berjumpa pakar saya balik ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan azathioprine (immunosuppresant) adalah:
- loya dan muntah
- rambut gugur
- ruam
- cirit birit
- demam
- sakit otot
Masalah haid tidak teratur anda boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!