
Anonymous
6 tahun
Adakah ujian darah dapat tahu HIV dengan lebih cepat?
Adakah melalui ujian darah dapat mengetui seseorang mendapat HIV dengan cepat?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda. HIV atau Human Immunodeficiency Virus merupakan jangkitan kelamin yang wajib dilakukan di Malaysia sebelum perkahwinan. Ia disyorkan untuk menjalani ujian HIV sekurang-kurangnya sekali sebagai sebahagian daripada rawatan kesihatan rutin. Kesemua ujian untuk HIV dilakukan melalui ujian darah. Terdapat beberapa jenis ujian darah untuk HIV. Antaranya ialah ujian antibodi HIV, ujian gabungan antibodi HIV / Antigen, dan ujian RNA Nukleat HIV.
Setiap ujian HIV mempunyai tempoh masa ujian sendiri yang dipanggil ‘window period’ dan setiap ujian mengesan HIV dengan mencari spesimen yang berbeza dalam sampel darah. ‘Window period’ mewakili tempoh inkubasi yang perlu berlalu agar virus atau tindak balas imun dapat dikesan menerusi pelbagai kaedah ujian ini. Antibodi adalah protein yang menyebabkan sistem imun bertindak balas terhadap jangkitan. Antibodi dibuat khusus untuk mempertahankan badan daripada penceroboh asing seperti virus, bakteria, bahan kimia, alergen, dan sebagainya dan ini semuanya dianggap sebagai antigen.