artiqah12
2 tahun
Ade ke ubat kuatkan hormon
Umur saya 22 tahun, baru kahwin berapa bulan lepas… Sejak kawin saya tiada nafsu apabila disentuh . Ade ke ubat ke apa² yg blh membantu masalah saya … faraj kering sentiasa … tiada kenikmatan apabila bersama sedangkan saya Dara sebelum kahwin…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala hilang nafsu boleh dicetuskan oleh perkara seperti
- Penyakit seperti tiroid, fibroid & endometriosis
- Tekanan mental
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Masalah hubungan suami isteri
Bagi mengetahui punca masalah anda ini, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih