Sulit
5 tahun
Adik kcik kurang beraksi..lemah shawat
tiap kli hdaj bersama istri adk kcik ssuh nk bgun…ape perlu sya buat…tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor , antaranya ialah:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Anda dinasihatkan untuk:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































