
Sulit
5 tahun
Air encing bercampur dengan darah
Saya wanita berumur 29 tahun dan mempunyai anak 2 orang.Masalah saya, pada pertengahan bulan Okt lalu sy sering2 mengalami kesakitan di perut sebelah kanan di bawah tulang rusuk kanan, kesakitan kadang2 merebak ke belakang. Sy selalu perasan sakit tu pada sebelah malam apabila waktu tidur. Dalam 2 minggu ini sakit itu kerap kali datang terutama selepas makan dan kadang2 sakit itu merebak ke seluruh perut saya. pada awal pagi kelmarin dan hari ini saya perasaan yang kencing saya ada bercampur dengan darah tetapi sewaktu membuang kncing selama ini tidak pernah sakit dan saya memang minum air yang banyak. Apa pandagan/ nasihat doc utk masalah saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing berdarah boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing ataupun buah pinggang seperti kencing kotor
- Akibat kecederaan saluran kencing
- Masalah buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.