
popiabest
5 tahun
Air keluar dari faraj
Sya berumur 35 tahun masalah sya air keluar dari faraj dan sya tpaksa menukar pad hampir 1 jam ke 2 jam sekali…boleh doktor bantu sya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan adalah diperlukan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda alami seperti jenis, warna dan kepekatan cecair yang keluar, adakah ia keluar dari saluran rahim atau saluran kencing serta sejarah kesihatan anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.