
Sulit
4 tahun
Air kencing terdapat kristal berwarna keperangan
Saya dapati ada kristal berwarna keperangan dalam air kencing saya…adakah ia normal?

4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan di atas kami memahami bahawa anda mengalami gejala batu kristal pada air kencing dan kami juga memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh anda. Antara punca kencing berkristal adalah:
- normal kerana masalah dehidrasi
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih