Anonymous
6 tahun
Air mani cair atau period tidak teratur
Saya Wanita berumur 26tahun…dah kawin hampir setahun…tetapi masih belum hamil…saya tidak pasti adakah disebabkan period saya tidak teratur atau air mani suami cair…mohon penjelasan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Faktor yang Boleh Merendahkan Tahap Kesuburan Lelaki
- Persekitaran yang panas seperti tempat kerja di kilang, komputer riba di atas riba dan pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat (suhu optima untuk buah zakar ialah 2 darjah Celcius lebih rendah dari suhu badan)
- Kecederaan atau jangkitan kepada satu atau kedua-dua buah zakar. Bengkak akibat dipukul atau jatuh. Jangkitan virus beguk ( Mump ) boleh melibatkan buah zakar.
- Terdedah kepada bahan toksik seperti nikotin (daripada asap rokok), alkohol (dalam minuman keras) dan ubat-ubatan tertentu seperti ubat propranolol (digunakan untuk darah tinggi), cimetidine (ubat gastrik) dan maxolon.
- Masalah ketegangan zakar atau mati pucuk
- Masalah pancutan air mani tak sempurna-lewat atau gagal dan ejakulasi songsang ( retrograde ejaculation) ke dalam pundi kencing.
Bagi masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































