
Sulit
4 tahun
Air mani cair tidak pekat
Sy lelaki berumur 18 tahun, doc knp skrang kalau sy onani yg keluar cair? Sy suda tunggu 2 hari untuk tahan n then sy Kasi keluar Still cair? Adahkah berbahaya dok?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, air mani secara amnya adalah pekat tetapi boleh menjadi cair jika seseorang melakukan aktiviti seks atau onani beberapa kali dalam sehari. Anda boleh merawat dengan menahankan diri daripada melakukan seks atau onani untuk beberapa hari.
Air mani yang cair juga boleh menandakan seseorang individu mempunyai jumlah sperma rendah dan kualiti air mani yang rendah.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.