Sulit
3 tahun
Air mani campur darah setiap kali hubungan kelamin
hai doctor…saya pemuda berusia 31 tahun dah berkahwin…semasa sy hubungan kelamin dgn isteri air mani keluar darah selepas kuar terasa sakit hujung zakar…ada ia memudaratkan…mcmna nk berubat
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan air mani bercampur darah dan sakit pada hujung zakar sewaktu anda mengadakan hubungan kelamin berlaku.Antaranya:
A) Jangkitan dan keradangan
Ini adalah penyebab utama darah dalam air mani. Darah boleh datang dari jangkitan atau keradangan, di mana-mana kelenjar, tiub, atau saluran yang menghasilkan dan menggerakkan air mani dari badan. Ini termasuk:
- Prostat/”prostate” (kelenjar yang menghasilkan bahagian air mani)
- Urethra (tiub yang membawa air kencing dan air mani dari zakar)
B) Trauma atau prosedur perubatan
C) Kesekatan pada saluran atau organ
D) Masalah saluran darah
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah