
Sulit
4 tahun
Air mani keluar balik ketilka bersama
saya wanita berusia 24 tahun telah berkahwin. Ketika bersama suami, walaupun telah meletakkan alas bantal pada bahagian pinggang saya untuk sokongan tetapi air mani suami yg telah di lepaskan tetap mengalir keluar dari faraj setelah suami selesai. Walau pun suami sudah menolak ke dalam faraj masih ada air mani suami yang terkeluar semula. Ada kah ia satu penyakit atau bagaimana doctor? Dan ada harapan untuk mengandung ke doktor ? Harap doktor dapat membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, adalah normal untuk air mani keluar selepas anda bersama dengan pasangan dan hal ini adalah bergantung kepada individu, struktur organ kelamin wanita, jumlah air mani, posisi dan kedudukan badan. Walaubagaimanapun, hal ini hanya memberikan sedikit peratusan kepada peluang yang rendah untuk hamil kerana apa yang penting untuk wanita hamil adalah kesihatan dan jumlah air mani pasangan lelaki, kesuburan wanita, dan “timing” hubungan dilakukan ketika wanita sedang subur (hari ke 14-16 kitaran haid).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.