
Sulit
3 tahun
Air mani keluar sendiri selepas bangun tidur malam
Saya lelaki , kenapa selepas saya bangun tidur malam ,ada cecair putih@kekuningan sedikit ,kencing tak sakit ,penis tak gatal , tidak sakit, dan tidak pernah bersama orang lain selain isteri sahaja…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah cecair putih atau kekuningan yang keluar selepas bangun daripada tidur tanpa simptom lain. Saya akan cuba menerangkan situasi anda dengan baik.
Sebagai pengetahuan, keadaan ini sering berlaku sekiranya anda telah lama tidak melakukan hubungan seks. Hal ini kerana minda bawah sedar anda mungkin mengalami keinginan yang mendalam untuk melakukan hubungan seks atau sekiranya anda mempunyai sebarang “fantasy”, ia juga boleh menyebabkan keadaan ini berlaku.
Namun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan kepastian bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin berbincang dengan lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah