
salihaminah1995
6 tahun
Air mani suami terkeluar semula setelah bersama
Saya wanita berusia 24 tahun telah berkahwin. Ketika bersama suami, walaupun telah meletakkan alas bantal pada bahagian pinggang saya untuk sokongan tetapi air mani suami yg telah di lepaskan tetap mengalir keluar dari faraj setelah suami selesai. Walau pun suami sudah menolak ke dalam faraj masih ada air mani suami yang terkeluar semula. Ada kah ia satu penyakit atau bagaimana doctor? Harap doktor dapat membantu.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda . Situasi ini adalah normal bagi semua orang dan kemungkinan besar tidak harus dibimbangkan oleh anda. Tambahan pula, hal ini tidak harus dirisaukan oleh anda sebab ini adalah bukan penyakit.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk membincagkan masalah anda. Terima kasih