
Sulit
3 tahun
Air mani terkeluar setiap hari
saya lelaki umur 29 tahun saya sudah berhenti onani 2 bulan lepas dan sekarang air mani saya berkumpul dengan cepat dan akhirnya zakar saya teransang dan terkeluar bila saya tidur tengahari dan malam…saya juga sudah pergi ke hospital dan doktor cadangkan saya untuk onani setiap pagi.TAPI PERSOALAN SAYA SAMPAI BILA KENA KELUARKAN?ZAKAR SAYA PUN SUDAH MEMBESAR 8 INCI

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih untuk pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah senang terkeluar air mani ketika tidur dan kini merasakan zakar anda membesar. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, zakar lelaki membesar semasa lingkungan umur puberti dan berhenti apabila umur 18-20 tahun. Kerap onani juga tidak menyebabkan pembesaran zakar kerana setakat ini tiada bukti kukuh bahawa wujudnya aktiviti atau ubat untuk membesarkan zakar.
Selain itu, sering mendapat mimpi basah adalah sesuatu yang normal. Ia disebabkan oleh kandungan hormon testosteron dalam badan. Melakukan onani untuk meghalang mimpi basah juga adalah mitos. Anda hanya perlu risau jika ia berlaku semasa anda sedar atau mengganggu aktiviti harian di tempat kerja atau kolej.
Jika anda risau kerana kerap melancap, anda boleh berhenti. Hal ini kerana, jika anda bergantung kepada pronografi untuk melancap ia boleh membawa kepada ketagihan pornografi. Bagi maklumat lanjut mengenai kesihatan lelaki, kami sarankan masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah