
Sulit
5 tahun
Air mani warna coklat
Doktar cam mana nk mengubati air mani warna coklat sedikit supaya pulih seperti asal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman encik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Puncanya adalah kerana salur darah kecil pecah pada persekitaran sistem reproduktif. Hal ini boleh disebabkan oleh trauma atau pemeriksaan fizikal pada kawasan zakar. Sekiranya air mani berwarna coklat untuk lebih daripada 1-2 hari, individu tersebut haruslah berjumpa doktor segera. Punca lain termasuklah:
- Ketumbuhan tumor
- Jangkitan penyakit kelamin
- Batu karang dalam kelenjar sistem reproduktif
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.