dilamdnor
6 tahun
Air mazi atau air mani
sy isteri 20’an, nak tanya doc, setelah bersama dengan suami… air mani berjaya masuk ke dlm… dengan support bantal tinggi dipinggang… selepas 4-5 jam dalam keadaan posisi yg sama… ada cecair jernih yang licin seperti air keluar dari faraj… dlm kuantiti yg banyak… saya keliru…adakah air mani suami saya keluar balik? saya merancang untuk hamil… boleh doc tolong jelaskan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, air yang keluar dari faraj selepas persetubuhan biasanya adalah campuran air mani suami anda dan juga cecair dari faraj anda. Keadaan ini adalah normal dan anda masih berpotensi untuk hamil kerana sperma yang telah diejakulasi ke dalam faraj boleh berenang ke dalam rahim dan bersenyawa dengan ovum sekiranya ada. Untuk makluman anda juga selain faktor sperma suami, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh mempengaruhi potensi kehamilan anda seperti kualiti sperma suami, kuantiti sperma suami, waktu hubungan seksual dilakukan; biasanya potensi kehamilan lebih tinggi ketika anda sedang ovulasi.
Selain itu, faktor kesihatan anda, kekuatan dinding rahim anda dan pelbagai faktor dan potensi lain juga boleh mempengaruhi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.

































