indahlia731
5 tahun
Air mazi berdarah selpas
saya seorang wanita berumur 20 an…saya kerap beronani…jadi saya beronani dan tiba2 keluar darah bersama air mazi…adakah ia disebabkan pecah dara atau masalah kesibhatan yg perlu saya berjumpa doktor di klinik??
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
































