Sulit
4 tahun
Air mazi selalu keluar lepas kerangsangan
Saya lelaki berusia 18 tahun, saya ingin bertanya tentang masalah yg saya alami, semasa saya terangsang, air mazi saya kerap terkeluar, Soalan saya, Adakah kemaluan saya terbantut disebabkan air mazi saya keluar selepas saya rasa terangsangan…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kadangkala, lelaki air mani terkeluar apabila mereka terangsang secara seksual, sebelum atau selepas ejakulasi. Ia biasanya tidak membimbangkan jika dalam jumlah yang sedikit. Sebelum ejakulasi, lelaki mungkin menemui cecair jernih yang dipanggil pra-ejakulasi atau “precum.” Cecair ini bukan air mani, tetapi ada kemungkinan sel sperma bercampur dengannya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























