
Sulit
3 tahun
Akibat pembedahan payudara
Saya wanita berumur 21 tahun . Sy cuma ingin tahu sebelum ini sy pernah buat pembedahan buang beberapa ketulan (14biji) di dua belah payudara selepas pembedahan, payudara saya mengecil dan tidak sama saiz . Adkah payudara saya tidak akan membesar semula ? Dan nanti jikalau saya kawin adakah sy tidak mempunyai susu badan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, payudara selepas pembedahan memang akan mengecil dan sukar untuk membersarkan semula sebab tisu-tisu payudara tidak mempunyai kemampuan untuk tumbuh semula.
Selain itu, susu badan dihasilkan oleh kelenjar lobus payudara, sekiranya pembedahan membuangkan kelenjar ini, susu badan tidak dapat dihasilkan. Untuk perkara ini, anda perlulah merujuk kepada doktor anda dan mendapatkan maklumat tentang pembedahan anda, apakah kandungan payudara yang telah dibuangkan dalam pembedahan tersebut.
Sekiranya kelenjer lobus payudara anda masih utuh, anda akan dapat menghasilkan susu badan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.