
Sulit
3 tahun
Alahan kepada ubat mefenamic acid
Semalam saya mengambil sebiji ubat mefenamic acid atau ubat phontan. Pagi ini saya badan saya menjadi gatal dan terdapat ruam merah. Bagaimana cara untuk menghilangkan rasa gatal ini tanpa perlu berjumpa doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab gatal pada kulit. Antaranya ialah:
- kulit kering
- alahan/alergik
- eczema
- hives
- sebab lain: Kulit gatal juga boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan yang lebih serius. Gangguan saraf yang disebabkan oleh diabetes, saraf sempit, dan kayap boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Namun, sekiranya anda mencurigai masalah ini diakibatkan alahan ubat, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang paling tepat sekaligus mencegah sebarang komplikasi lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda. Terima kasih