
Sulit
4 tahun
Alahan teruk semasa mengandung
Usia kandungan saya kini sudah 8 minggu. saya mengalami alahan yang teruk. setiap kali makan, pasti akan muntah. baru2 ini saya muntah dan saya merasakan seolah ada benda tersekat di tekak dan dada. walaupun sudah muntah beberapa kali selepas itu, rasa tersekat itu masih ada. saya juga sukar untuk menelan makanan dan minuman dan keesokan harinya saya mengalami sakit kepala hingga ke tengkuk. adakah perlu untuk saya berjumpa dengan Dr atau rasa ini akan hilang selepas beberapa hari?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sukar menelan selepas alahan ketika mengandung.
Kami ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Untuk menjawab soalan anda, ya anda perlu berjumpa dengan doktor bagi merawat masalah anda.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan untuk berhubung dengan kami. Terima kasih.