
Anonymous
5 tahun
Alat kelamin berdarah
Saya wanita 20’an dan saya mengalami kepedihan pada mulut faraj iaitu dibawah mulut faraj dan berdarah dalam faraj selepas melakukan persetubuhan bersama suami saya.ianya berlaku 3 hari yang lepas.Kenapa ianya berdara?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kemungkinan yang berlaku adalah luka ketika berhubungan.
Selain itu, masalah anda mungkin merupakan darah haid, keputihan yang teroksida atau jangkitan kulat telah merebak ke dalam faraj dan boleh menyebabkan pendarahan.
JIka masalah ini bukan disebabkan luka, sila rujuk masalah anda ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan pandangan lanjut. Terima kasih.