Anonymous
6 tahun
Alat kelamin keluar cecair kuning
Sy lelaki usia 35 thn alat kelamin sy ad mengeluarkan cecair putih hari ni mohon pencerahan dan bg mana sy hendak mendapatkan rawatan di muar johor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang tuan berikan cecair kuning boleh merangkumi pelbagai sebab. Jika anda mengalami gejala seperti kulit kuning, demam, air mani busuk atau sakit semasa melepaskan air mani , mereka hendaklah berjumpa doktor segera. Berikut antara punca cecair kuning dari zakar:
- Air kencing bercampur air mani
- Penyakit kelamin seperti chlamydia, gonorrhea dan herpes
- Perubahan diet
Anda boleh ke klinik kesihatan kerajaan berdekatan ataupun klinik swasta, anda juga boleh menghubungi doktor bertauliah kami secara ataa talian.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































