Sulit
5 tahun
Alat kelamin kluar cecair kuning@darah pekat
Bagaimana hendak tahu apkah penyakit itu.adakah itu penyakit siplis @ penyakit lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa alat kelamin anda mengeluarkan cecair kuning dan bercampur darah:
- Jangkitan salur kencing (buah pinggang, uretra, pundi kencing)
- Batu karang
- Penyakit kelamin (gonorrea, sifilis)
- Kecederaan pada bahagian sulit atau salur kencing dan ia berjangkit
Anda bimbang tentang Penyakit Kelamin / STD ?
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai sifilis ataupun penyakit lain, anda perlu melakukan beberapa ujian untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































