adamsukor
6 tahun
Alat sulit bernananah
Saya nak bertanya,pasangan saya telah meninggal dunia tahun ini (2019) atas sebab penyakit Hiv dan Tb, yg dia hidap 2 tahun lepas.
Adakah saya juga akan terkena hiv? Saya telah melalukan hubungan dengan pasangan tanpa kondom sebelum dia sblm dia di sahkan hiv +,selepas tahu dia Hiv+,saya melalukan hubungan menggunan kan kondom…saya telah melalukan hiv test di klinkik swasta selepas kematian dia…dan saya negative,adakah kemungkinan saya akan di jangkiti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, HIV memakan masa 6 hingga 12 minggu selepas hubungan dilakukan untuk dikenal pasti melalui ujian HIV. Maka, jika ia telah melebihi tempoh tersebut dan anda disahkan negatif, kemungkinan besar tiada risiko anda dijangkiti penyakit tersebut.
Walaubagaimanapun, jika anda mengalami gejala yang berkaitan dengan jangkitan HIV seperti kerap demam, jangkitan kulat di mulut dan sebagainya, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































