
Sulit
5 tahun
Alat sulit gatal bila keluar keputihan
Saya umur baru 18 . Saya mengalami keputihan yg berterusan . Kadang keputihan tersebut berwarna hijau atau coklat . Berbau busuk . Kadang tido rase mcm meleleh mcm sedang period .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkaitan dengan masalah cik, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada faraj. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Selain itu, terdapat juga punca lain seperti:
- Kebersihan bahagian sulit tidak terjaga
- Penggunaan pakaian yang terlalu ketat
- Dermatitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.