Sulit
4 tahun
Alat sulit membengkak
Saya lelaki berusia 26 tahun… baru-baru ni… Saya ada pergi ke gym untuk bersenam. Keesokkan harinya saya demam dan saya dapati bahagian alat sulit saya membengkak. Soalan saya adakah ianya normal atau tidak.? Dan hampir 2 hari saya mengalami masalah kesukaran apabila alat sulit saya tegang… Masalah juga apabila saya membuang air kecil… Apabila kencing dianya x sakit… Tpi apabila saya ingin membasuhnya… Ianya sakit dan sedikit senak… Apa yg perlu saya lakukan…?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah zakar bengkak. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea (simptom lain: nanah)
- Jangkitan saluran kencing (rasa pedih ketika kencing)
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
- Tidak menjaga kebersihan selepas kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































