
Anonymous
6 tahun
Alat sulit mempunyai luka
Saya berumur dalam 20 an dan alat sulit saya mempunyai luka disebabkan gatal. Adakah ini bermaksud saya menghidap penyakit sifilis?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan gejala di atas:
Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes atau sifilis
Radang kulit akibat alahan
Cyst
Jerawat
Ekzema
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.