Sulit
4 tahun
Alat sulit merasa sangat pedih setiap kali melakukan hubungan intim bersama pasangan
Saya berusia 31 tahun. Setiap kali melakukan hubungan intim bersama pasangan, saya akan hanya bertahan untuk sekali pusingan sahaja dan tidak mampu melakukan kali kedua kerana merasa pedih di bahagian kemaluan. Mengapa itu berlaku?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berdua. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Sakit ketika berhubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- rasa malu atau tidak biasa
- overthinking, was-was atau kurang percaya diri
- masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, vaginismus, dll.)
- ganguan psikososial yang lain
Umumnya jangkitan kuman memerlukan rawatan dari doktor. Selain dari jangkitan kuman, kesemua gangguan diatas boleh hilang perlahan-lahan dengan waktu. Berbincanglah dengan pasangan agar anda dapat meningkatkan keyakinan diri.
Selain itu, penggunaan painkiller perlu mendapatkan nasihat doktor, namun anda juga boleh cuba mengurangkan rasa sakit dengan:
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- kosongkan pundi kencing sebelum melakukan hubungan
Namun sekiranya gejala berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































