
Sulit
5 tahun
Alat sulit tidak menegang
saya lelaki yang berumur 21 tahun telah mengalami masalah masalah zakar yang sukar menegak keras, apa yang saya patut lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar susah menegak boleh disebabkan:
- Kecederaan pada saraf/saluran darah zakar
- Mati pucuk akibat penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi
- Masalah psikologi
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami beberapa kaedah rawatan boleh digunakan seperti:
- Senaman selalu
- Kawal penyakit kronik
- Ubat-ubatan - ubat untuk masalah ini memerlukan preskripsi
- Elakkan merokok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.