
Sulit
5 tahun
Ambil postinor tempoh 72jam adakah berkesa?
saya ingin bertanya mengenai pil perancang postinor. jika saya mengambil pil postinor dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seksual dan masih belum datang haid sudah lambat 2 hari adakah berkesan? saya buat hubungan seks hari jumaat 17apr intercourse 6pm dan saya makan ubat pada hari isnin 20apr 12:30pm dan saya juga risau saya tak datang haid 2hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, pil postinor harus diambil dalam masa 72 jam dan sebaik-baiknya secepat mungkin untuk menjamin keberkesanan pil tersebut. Hal ini kerana semakin lambat anda mengambil, semakin kurang keberkesanannya.
Nasihat saya, anda tunggu dahulu untuk 2 minggu. Sekiranya haid anda masih tidak datang, saya sarankan untuk anda membuat ujian kehamilan menggunakan air kencing (UPT).
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahuilebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.